Pada 9 Disember lalu, Juwie bertanya beberapa soalan kepada Cik Ta. Terkejut Juwie bila kata Cik Ta, dia dah bertunang dengan Is. Oh! Yeahhh...
Auw! Dah bertunang pun masih simpan anak ikan ke? Hu! Hu! Dalam telefilem itu ada karakter wartawan lembut bernama Zuwie lakonan pelawak dan pengacara popular - Dee (Jangan Ketawa). Kah! Kah! Kah! Kah!...
“Best sangat lakonan Dee dan Mak Jah. Memang pecah perut sampai terguling-guling tengok gelagat mereka,” cerita Cik Ta.
Bagaimana pula status hubungan rapat Cik Ta dengan Zain dan Is? Jelas Cik Ta: “Kita orang berkawan baik atas tiket sebagai rakan sesama artis.”
Is pula menjelaskan: “Cik Ta hanyalah kawan baik saya. Dia kelakar dan cepat mesra.”
Pada awal November lalu, selama seminggu Cik Ta dan Is pergi ke Jepun untuk penggambaran telefilem Kiah Pekasam Ke Jepun dan siri drama Spy Kiah terbitan Fazil Teh (Zeel Productions) untuk siaran Astro. Lokasinya di Tokyo, Osaka dan Kyoto.
Sejak peristiwa itulah mereka menjadi kawan baik. Lihatlah foto Cik Ta dan Is... Hmmm jangan ‘jeles’ ya... kenalah tengok lakonan mereka nanti, lagi terangkat!
JUWIE: Best tengok lakonan Is dalam siri drama Runtun Qalbu (TV3 setiap Jumaat) pegang dua watak sebagai Mursyid dan Kelabu bersama Kamal Adli, Fasha Sandha dan Fida Ibrahim. bh
No comments:
Post a Comment