♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Thursday, September 06, 2012

Suami Pukul Setiap Bulan

 Kim Yen menunjukkan kepada peguamnya kecederaan pada badan yang didakwa akibat dibelasah suaminya di sebuah butik. - Foto Muhaizan Yahya
Kim Yen menunjukkan kepada peguamnya kecederaan pada badan yang didakwa akibat dibelasah suaminya di sebuah butik. - Foto Muhaizan Yahya Kim Yen menunjukkan kepada peguamnya kecederaan pada badan yang didakwa akibat dibelasah suaminya di sebuah butik. - Foto Muhaizan Yahya

Ipoh: Wanita yang memuat naik rakaman dia dibelasah suaminya di internet, mendakwa dipukul hampir setiap bulan atas pelbagai sebab sejak mereka berkahwin 17 Januari lalu.


Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan berkata, kejadian terbaru pada 23 Ogos lalu yang paling teruk sehingga dia tidak mampu bertahan, lantas memuat naik rakaman CCTV ke akaun Facebook.
Sehingga ini saya masih trauma dan menangis setiap malam.

Perut saya juga sakit, katanya yang bimbang kandungannya kerana laporan perubatan menunjukkan kemungkinan keguguran.

Mengimbau kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Ipoh Garden South, yang dimuat naik itu, Kim Yen berkata, ia bermula apabila dia membantah permintaan rakan suaminya mahu meletakkan produk minyak wangi tiruan di butiknya kerana bimbang menjejaskan reputasi perniagaan.

Katanya, dia tidak mempercayai individu itu kerana masih belum membayar hutang suaminya lebih RM2,000 walaupun sudah banyak kali diminta berbuat demikian sejak dua tahun lalu.

Suami marah saya menolak permintaan rakannya itu. Apabila saya katakan tidak berapa sihat dan mahu balik rumah, dia mula memukul saya. Sejak itu sehingga sekarang saya belum berjumpanya," katanya pada sidang media di pejabat MCA Ipoh Timur, semalam yang turut dihadiri ibunya, Lily Yeoh, 49, dan Ketua MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong.
Sementara itu, peguam wanita itu, Datuk G Amarjit Singh Gill, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mendapatkan perintah perlindungan interim mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994 daripada Mahkamah Majistret, kelmarin bagi menghalang suami Kim Yen yang berusia 26 tahun daripada mendekatinya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata kertas siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah siap dan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam untuk tindakan lanjut.

No comments: