PENUNJUK perasaan membawa poster menunjukkan aktivis Amerika Syarikat, Rachel Corrie yang menghalang jentolak dari merobohkan kediaman Palestin di Semenanjung Gaza. Gambar kecil, Rachel Corrie - Foto REUTERS Askar pandu jentolak tak bersalah gelek aktivis AS: Hakim
Baitulmaqdis: Mahkamah Israel kelmarin memutuskan anggota tentera negara itu tidak bersalah ketika menolak saman ibu bapa seorang aktivis Amerika Syarikat yang digelek jentolak hingga mati pada 2003 ketika cuba menghalang kediaman Palestin dirobohkan di Semenanjung Gaza.
Pemandu jentolak berkata, dia tidak nampak aktivis pro-Palestin dari Amerika, Rachel Corrie, 23, ketika melakukan operasi pemusnahan rumah penduduk Arab.
Menjelaskan keputusan mahkamah, Hakim Oded Gershon berkata, Corrie meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya dan menyifatkan kematiannya disebabkan kemalangan berpunca daripada diri sendiri.
Beliau berkata, tentera melakukan siasatan menyeluruh, dan menolak permohonan keluarga Corrie mendapat pampasan dan kos perundangan secara simbolik AS$1 (RM3).
Peguam kecam mahkamah
Ibu bapa Corrie, Craig dan Cindy Corrie, tidak berkata apa selepas keputusan dikeluarkan, tetapi peguam mereka, Hussein Abu Hussein, mengecam mahkamah dengan menyifatkan keputusan itu menyalahkan mangsa atas kejadian yang berlaku.
“Keputusan mahkamah tidak memeranjatkan, tetapi ini satu lagi contoh apa jua yang dilakukan (pihak berkuasa Israel) lebih utama daripada memutuskan keadilan dan siapa yang bertanggungjawab.
“Rachel Corrie terbunuh dalam tunjuk perasaan tidak ganas mempertahankan pemusnahan rumah dan ketidakadilan di Gaza, dan hari ini, mahkamah memberikan kelulusan kepada amalan tidak sah itu yang gagal melindungi kehidupan penduduk awam,” katanya.
Kematian satu kemalangan
Tentera Israel menyifatkan kematian Corrie pada Mac 2003 sebagai kemalangan, tetapi ibu bapa Corrie tidak berpuas hati dengan siasatan tentera dan memfailkan saman sivil dua tahun kemudian.
Pemusnahan rumah sebahagian daripada kempen tidak berjaya bagi menghalang ratusan tembakan dan serangan mortar terhadap tentera Israel. - AP
Fakta nombor: 17,000 rumah penduduk Gaza dirobohkan sejak 2000 hingga 2004
No comments:
Post a Comment