♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Wednesday, August 29, 2012

Askar Amerika Tidak Dihukum

WASHINGTON 28 Ogos - Enam askar Amerika Syarikat (AS) dan tiga anggota marin terlepas daripada hukuman berat atas dakwaan membakar al-Quran dan membuang air kecil ke atas mayat anggota Taliban di Afghanistan awal tahun ini dan hanya dikenakan tindakan disiplin, kata pegawai tentera AS, semalam.
Satu siasatan tentera menyimpulkan berlaku salah komunikasi, kurang bimbingan dan keputusan askar untuk mengambil ringan tindakan mereka, menyebabkan lebih 300 naskah al-Quran dan buku agama lain dibakar di pangkalan AS di Afghanistan pada awal tahun ini.
Maklumat terperinci mengenai hukuman disiplin tersebut tidak dinyatakan.
Tindakan disiplin mungkin melibatkan penurunan pangkat, menggantung gaji atau kesalahan mereka direkodkan.
Mereka juga mungkin boleh dihadkan kenaikan pangkat dan ditamatkan perkhidmatan.
Pemimpin tentera AS mengutuk tindakan pembakaran al-Quran dan membuang air kecil itu, yang dirakam dan disiarkan secara meluas.
Kejadian pembakaran al-Quran itu mencetuskan rusuhan di Afghanistan dan menyebabkan beberapa kematian termasuk dua penasihat tentera AS yang ditembak mati di Kementerian Dalam Negeri.
Jurucakap Presiden Afghanistan, Aimal Faizi berkata, Presiden Hamid Karzai akan menilai keputusan tersebut sebelum memberi maklum balas.
Tindakan disiplin ke atas seorang askar tentera laut berhubung pembakaran al-Quran itu telah ditolak.
Kor Tentera Darat AS berkata, ia akan mengumumkan tindakan disiplin terhadap askar marin terbabit berhubung kes membuang air kecil itu pada tarikh lain. - AGENSI

No comments: