♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Showing posts with label bela haiwan. Show all posts
Showing posts with label bela haiwan. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Suami Isteri Sanggup Dicemuh, Bela Haiwan Terbiar

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri sanggup tinggal di kabin dan berdepan dengan cemuhan masyarakat semata-mata atas dasar sifat kemanusiaan yang sanggup memelihara kucing dan anjing terbiar.

Pada awalnya, bekas pekerja kontrak, Md Azmi Ismail, 54, hanya memberi makan pada haiwan terbiar di sekitar pusat bandar dan membawa pulang kucing yang sakit untuk dirawat.

Md Azmi berkata, peringkat awal, dia hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja dan kini bilangan yang dipelihara semakin bertambah bilangannya kepada 200 ekor.

Menurutnya, atas rasa simpati yang sama, dia dan isteri, Halijah Idris, 64, turut memberi rawatan kepada anjing terbiar yang sakit.