♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Showing posts with label anggota militan rakyat Malaysia. Show all posts
Showing posts with label anggota militan rakyat Malaysia. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Bapa kecewa anak berubah sikap, sanggup tinggal keluarga

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Bapa kepada anggota militan rakyat Malaysia yang mati ditembak di Davao, Filipina Jumaat lalu kecewa dengan perubahan sikap anaknya daripada pendiam kepada agresif serta sanggup meninggalkan keluarganya demi perjuangan yang sia-sia.

Malah, Abd. Kahar Sirun, 53, terkejut apabila anaknya itu, Mohd. Noor Fikrie sanggup menjual Proton Saga BLM yang dimiliknya semata-mata untuk digunakan sebagai perbelanjaan ke negara itu.

Beliau mendakwa, anaknya sebelum ini tidak pernah membantah nasihat ibu bapa namun bertindak sebaliknya apabila membuat keputusan untuk ke negara tersebut tanpa memaklumkan kepada keluarga.

"Sebelum ini, semua keputusannya termasuk masuk ke asrama, berkahwin dan bercerai dirujuk kepada saya terlebih dahulu. Dia anak yang taat walaupun seorang yang pendiam dan tidak berani melakukan sesuatu tanpa berbincang dengan keluarga.

"Saya percaya perubahan sikap Mohd. Noor bukti pengaruh yang kuat pihak militan sehingga arwah sanggup meninggalkan anak-anaknya dan ibu bapa sebelum berlepas ke Filipina. Kematian Along (panggilan untuk Mohd. Fikrie) jelas membuktikan dia dipengaruhi JI dan Along mahu membuktikan taat setianya kepada kumpulan itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Melaka semalam.

Abd. Kahar mendakwa anaknya dipergunakan JI sehingga sanggup mati dengan cara salah.