♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Hillary tiba di Israel, hadiri perbincangan perdamaian Gaza

Netanyahu mengiringi Hillary sebaik saja Setiausaha Negara AS tiba di Israel bagi mengadakan perbincangan perdamaian Gaza, hari ini. - Foto AP  
Netanyahu mengiringi Hillary sebaik saja Setiausaha Negara AS tiba di Israel bagi mengadakan perbincangan perdamaian Gaza, hari ini. - Foto AP
 
TEL AVIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton tiba di Israel hari ini untuk menghadiri perbincangan bersama Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagi membantu mencapai perdamaian bersama Hamas di Gaza.

Jabatan Negara AS berkata, selepas mengadakan pertemuan dengan Netanyahu di Baitulmuqaddis, Clinton dijadualkan bertemu dengan pemimpin Palestin di Tebing Barat pada sebelah pagi Rabu (waktu tempatan) sebelum menuju ke Kaherah untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada hari sama.

Amaran Hamas kepada Israel

PENDUDUK Gaza membawa jenazah dua kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan udara Israel untuk dikebumikan di Beit Lahiya, utara Genting Gaza semalam.


GENTING GAZA - Komander tertinggi sayap tentera Hamas, Mohammed Deif memberi amaran, Israel akan menerima padah jika ia berani melancarkan serangan darat ke dalam wilayah Palestin ini.

"Pihak musuh (rejim Zionis) akan menerima padah jika ia merancang untuk masuk ke Gaza," kata Mohammed yang merupakan komander Briged Ezzedine Al-Qassamzz kepada stesen televisyen Hamas, Al-Aqsa.

"Perang darat merupakan harapan terbaik untuk membebaskan tahanan Israel," tambahnya.

Beliau merujuk kepada rancangan pejuang Palestin untuk menawan askar-askar Israel dan menukarnya dengan tahanan Palestin sekiranya Tel Aviv menceroboh Gaza.

Dalam perkembangan terbaharu, pasukan perubatan di sini menyatakan seramai enam penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera Israel yang masuk hari ketujuh semalam.

Tuesday, November 20, 2012

Korban serangan Zionis meningkat 96 orang

orang

PENDUDUK Palestin berkumpul melihat sebuah rumah yang musnah selepas serangan udara tentera Israel di Khan Younis, selatan Genting Gaza.


GENTING GAZA - Serangan udara tentera Israel yang masuk hari keenam semalam meragut 13 lagi nyawa warga Palestin menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 96 orang.

Serangan itu berlaku ketika usaha gencatan senjata sedang giat dilakukan oleh para pemimpin antarabangsa bagi menamatkan kekejaman Zionis.

Serangan yang dilancarkan ke atas wilayah Genting Gaza kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun.

Dalam pada itu, tentera Israel menyatakan, pihaknya telah berjaya mengambil alih sebuah program stesen televisyen milik Hamas.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa penganalisis politik berkata, pemimpin Israel berpuas hati dengan kejayaan Operation Pillar of Defence yang dilancarkan pada Rabu lalu bertujuan untuk menghentikan tembakan roket pejuang Hamas.

Operasi tersebut melibatkan serangan udara bertubi-tubi ke atas wilayah Palestin berkenaan.

Sejak keganasan ke atas Genting Gaza bermula, Israel tidak henti-henti melakukan serangan udara dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti walaupun serangan udara kian berkurangan sejak Jumaat.

Monday, November 19, 2012

Israel ancam tingkat serangan

MAYAT seorang wanita Palestin dikeluarkan daripada runtuhan selepas rumah keluarganya di kejiranan Tufah, di Bandar Gaza musnah dibom tentera udara Israel semalam.


GENTING GAZA - Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam.
Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan.
Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang.
Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP.
Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat.

SEKUMPULAN lelaki Palestin menunaikan sembahyang jenazah ke atas mayat Iyad Abu Khoussa yang berusia setahun setengah di sebuah masjid di kem pelarian Bureij, Genting Gaza semalam.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel hilang.

Hague memberitahu stesen televisyen Sky News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan ia hanya memanjangkan tempoh konflik.

Komen beliau hadir selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.

Di Tel Aviv, bunyi siren terus kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas.

Tujuh buah roket telah dilancarkan ke arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai kawasan lapang. - Agensi

Sunday, November 18, 2012

Gaza terus bermandi darah, kem pelarian dibedil

Wartawan Sinar Harian
18 November 2012
Gaza terus bermandi darah, kem pelarian dibedil
Penduduk Gaza mencari mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang terkena bedilan bom di Gaza City.
 
GAZA CITY -  Bumi Gaza terus bermandi darah kerana dihujani bedilan roket serta bom yang disasarkan dari pelbagai sudut termasuk di udara dan laut menyebabkan tiga kanak-kanak yang berlindung di kem pelarian Bureij, tengah Gaza terkorban, hari ini.

Menurut sumber paramedik, kem pelarian Jebalya turut dibedil sebanyak dua kali dan membunuh seorang kanak-kanak serta mencederakan 12 yang lain.

Menjelang pagi tadi, beberapa bedilan roket disasarkan tentera rejim ke arah kediaman dan pejabat pengamal media Arab di Gaza City sehingga mencederakan sebahagian wartawan yang bertugas di stesen televisyen (tv) kerajaan Al-Quds.

"Sekurang-kurangnya enam wartawan cedera dan seorang daripada mereka kehilangan sebelah kaki selepas terkena bedilan bom udara yang disasarkan ke stesen tv Al-Quds dalam kejiranan Rima," kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf Al-Qudra.

Saksi memberitahu, pusat media kedua terbesar Gaza, Sky News, Al-Arabiya dan ibu pejabat rangkaian tv Hamas, Al-Aqsa turut dibom rejim menyebabkan dua wartawan parah.

Sementara itu, pertemuan Presiden Mesir, Mohammed Mursi bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan satu gencatan senjata bakal dimeterai di antara Israel dan Palestin.

Bagaimanapun, dalam satu laporan agensi berita Israel, pegawai rejim memaklumkan mereka sesekali tidak akan melaksanakan gencatan senjata sebaliknya meneruskan serangan ke dalam Semenanjung Gaza. -Al-Jazeera