♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Thursday, December 20, 2012

Rusia hantar kapal perang ke Syria

DAMSYIK 19 Dis. - Rusia mengumumkan menghantar kapal perang negara itu ke timur Laut Mediterranean semalam sebagai persediaan untuk memindahkan rakyatnya dari Syria.

Penghantaran itu melibatkan lima kapal yang terdiri daripada kapal pemusnah, kapal tunda, kapal tangki dan dua kapal pengangkut.

Kapal-kapal itu berlepas dari pelabuhan Baltiysk di Laut Baltic dan akan memberi bantuan kepada beberapa kapal Rusia yang telah ditempatkan berhampiran Syria sejak beberapa bulan lalu.

Seorang pegawai tentera laut yang enggan dikenali memberitahu perkhidmatan berita Interfax, kapal-kapal itu dalam perjalanan ke perairan Syria untuk kemungkinan terlibat dengan operasi pemindahan rakyat Rusia ke pelabuhan di negara ini di Laut Hitam.

Menurutnya, misi itu dirancang dengan pantas tetapi secara rahsia dan tempoh masa kapal-kapal itu kembali ke Rusia bergantung kepada situasi di Syria.

Sementara itu, pemberontak Syria memperoleh kelebihan dalam pertempuran sengit di kem pelarian Palestin di selatan bandar raya ini, semalam, keganasan yang menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri.


Agensi Bantuan dan Pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk Yarmuk atau lebih 112,000 orang telah melarikan diri selepas kem pelarian Palestin di kawasan itu dibedil tentera.

Seorang koresponden AFP di sempadan melaporkan, beratus-ratus pelarian Palestin memasuki Lebanon ketika berlaku pertempuran sengit antara pemberontak dan sekutu Palestin mereka dengan kumpulan Palestin yang setia dengan Presiden Bashar al-Assad di kem itu.

Tentera Syria melancarkan beberapa serangan udara ke daerah Yarmuk di selatan pinggir bandar Damsyik ketika orang ramai melarikan diri dari kawasan itu, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Seorang penduduk berkata, beratus-ratus anggota Tentera Pembebasan Syria dari daerah berhampiran berada di dalam kem itu, menakala tentera kerajaan tidak kelihatan.

Namun, akhbar al-Watab melaporkan tentera sedang bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran. - AGENSI/AFP

No comments: