♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Friday, December 14, 2012

Perogol bersiri hadapi 7 tuduhan

Rabidin  dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub, semalam.  
Rabidin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub, semalam.
 
Tertuduh boleh kena hukuman mati sebabkan kematian mangsa rogol

Bentong: Seorang perogol bersiri dituduh di Mahkamah Majistret di sini dan Mahkamah Sesyen Raub semalam atas tujuh tuduhan berasingan membunuh, meliwat dan merogol hingga mati mangsa bawah umur antara 2009 dan 2011.

Bagi tuduhan pertama, penganggur, Rabidin Satir, 42, dituduh membunuh mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Ketari di sini, antara jam 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 tengahari, keesokan harinya.
Tertuduh dari Tambunan Sabah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.


Rabidin yang tidak diwakili peguam turut menghadapi tuduhan kedua, merogol sehingga menyebabkan kematian mangsa sama di tempat dan hari sama.

Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (4) kanun sama, yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Tiada pengakuan direkod

Tertuduh yang memakai baju lokap polis berwarna oren, mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.



 Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Majistret Nurliana Ismail menetapkan 17 Januari ini untuk sebutan kes dan tidak membenarkan jaminan.

Di Mahkamah Sesyen Raub dekat sini, Rabidin dituduh atas lima tuduhan berasingan merogol dan meliwat empat mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun.

Rabidin mengaku bersalah merogol kanak-kanak berusia sembilan tahun di bilik sebuah rumah di Taman Sri Marong di sini, antara jam 2 dan 3 pagi, 9 Julai 2009.


Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah bagi empat lagi tuduhan iaitu merogol mangsa berusia 17 tahun di bilik sebuah rumah di Jalan Kuala Lumpur di sini, antara jam 1 dan 3 pagi, 21 Jun 2010; merogol kanak-kanak berusia lapan tahun di tepi sungai belakang rumah di Lorong Gementi 1 Ketari di sini, antara jam 12.30 tengah malam dan 1 pagi, 29 April 2011; merogol mangsa berusia 16 tahun di bilik sebuah rumah di KT 11 Ketari di sini, antara jam 1 dan 2.30 pagi, 12 Oktober 2011 dan meliwat mangsa sama di tempat dan hari yang sama. bh

No comments: