SAN FRANCISCO 19 Dis. - Pengguna Instagram semalam melahirkan rasa
tidak puas hati selepas laman perkongsian gambar yang dimiliki oleh
Facebook itu meminda syarat-syarat yang memberi hak kepadanya menjual
gambar pengguna bagi tujuan iklan, tanpa diberikan sagu hati.
Pindaan tersebut akan dilaksanakan pada 16 Januari depan, termasuk
membenarkan gambar pengguna digunakan oleh pengiklan-pengiklan Instagram
atau Facebook di seluruh dunia, tanpa membayar royalti.
Forum di Instagram dan Twitter semalam, dipenuhi dengan debat dan
keluhan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dan mahu menutup akaun
mereka sebelum peraturan baharu itu dilaksanakan.
"Selamat tinggal Instagram," antara mesej yang dimuat naik di dalam laman itu.
Antara syarat-syarat baharu tersebut menyatakan pengguna memberi
kebenaran tidak eksklusif, tanpa royalti, boleh ditukar dan kebebasan
kepada Instagram menggunakan kandungan yang dimuat naik pengguna dalam,
atau melalui perkhidmatan tersebut.
Syarat-syarat itu turut menekankan bahawa pengiklan dan syarikat
perniagaan akan membayar kepada Instagram untuk memaparkan nama
pengguna, gambar dan minat pengguna dan/ atau perkara yang pengguna buat
dengan dibayar atau ditaja atau dipromosikan tanpa sebarang saguhati
kepada pengguna.
Sementara itu, Yayasan Peneraju Elektronik (EFF), sebuah pertubuhan
hak asasi Internet menasihatkan pengguna yang tidak bersetuju dengan
syarat itu agar tidak menggunakan perkhidmatan tersebut.
"Instagram patut menimbangkan polisi ini kerana melanggar prinsip
utama perkhidmatan rangkaian sosial," kata peguam EFF, Kurt Opsahl,
dalam laman web pertubuhan itu.
Facebook bagaimanapun, tidak memberi ulasan mengenai perkara
tersebut, namun Instagram memuat naik mesej dalam laman Twitter mengenai
keluhan penggunanya.
"Kami menerima ulasan mengenai pindaan terhadap syarat-syarat dan
polisi privasi baharu kami, serta kami juga mempunyai sesuatu untuk
dikongsi dengan pengguna tidak lama lagi," menurut laman itu.
Sebelum ini, gambar Instagram dikongsi dalam mesej yang dimuat naik
melalui telefon pintar yang hanya boleh dilihat dalam Twitter. - AFP
No comments:
Post a Comment