♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Saturday, December 15, 2012

Pengacara radio terima ancaman bunuh

SYDNEY: Pengacara radio yang membuat panggilan palsu sehingga mendorong seorang jururawat membunuh diri, ditempatkan di sebuah ‘rumah selamat’ yang dikawal selepas mereka menerima ancaman bunuh, malam tadi.

Mel Greig, 30, yang beberapa hari lalu menangis di televisyen ketika dia dan rakan setugas menceritakan mengenai penyesalan mereka terhadap kematian Jacintha, dilapor dihujani dengan cacian.

Sepucuk surat yang ditujukan kepada seorang lagi pengacara dalam kes itu, Michael Christian, 25, memberi amaran: “Peluru dengan nama anda tertera padanya sudah ada di luar sana.
Polis di Sydney melancarkan siasatan terhadap ancaman itu.

Sementara itu, rekod panggilan telefon stesen radio 2Day FM mungkin dirampas oleh badan pemerhati penyiaran yang menyiasat kes panggilan palsu itu.

Stesen berkenaan mendakwa cuba menghubungi Hospital King Edward VII di London sebelum menyiarkan panggilan palsu itu.
Bagaimanapun, pihak pengurusan hospital berkata, ia tidak dihubungi. - DM

No comments: