RAFAH - Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal telah melintasi
sempadan ke Genting Gaza semalam dalam lawatan pertamanya ke Palestin.
Meshaal terus mencium tanah dan berharap suatu hari nanti dia dapat berjuang dan mati syahid di wilayah ini.
Dia yang ditemani timbalannya, Mussa Abu Marzuk dan beberapa pemimpin
kanan pertubuhan itu menaiki sebuah kenderaan melepasi sempadan Gaza.
Meshaal kemudian mencium tanah bumi Palestin lalu memeluk Perdana
Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Lawatan Meshaal itu dilakukan dua minggu selepas berakhirnya konflik dengan rejim Zionis yang berlaku pada 14 bulan lalu.
Ketika konflik itu, serangan udara yang dilakukan tentera Israel
telah mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pergerakan Hamas, Ahmed
Jabari.
Sejurus tiba, Meshaal telah dibawa untuk melihat bangkai kereta yang dinaiki Jabari yang masih ada.
Bangkai kereta itu telah dibawa khas ke Rafah sempena kepulangan Meshaal itu.
Ahmed mati selepas keretanya itu diserang dengan peluru berpandu.
"Saya berharap Tuhan akan memakbulkan permintaan saya untuk mati syahid di atas tanah Palestin di Gaza," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment