Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikebumikan pada 7 pagi dalam keadaan hujan renyai dengan dihadiri hampir 100 anggota keluarga dan kenalan.
Jenazah kemudian dibawa pulang dengan menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke kampung halamannya di Kampung Parit Hj Abdul Rahman dekat sini, untuk dikebumikan.
Suasana hiba dan sedih menyelubungi perkarangan masjid sebaik kenderaan membawa jenazah itu tiba.
Jenazah Allahyarham disembahyahkan sebaik solat subuh dengan diketuai Imam III, Rahmat Roduan bersama lebih 100 jemaah.
Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah anak sulung daripada empat beradik itu.
Dilaporkn sebelum ini bahawa Mohd. Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao, Jumaat lalu selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment