MARANG – Luluh hati seorang abang
apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di
dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu,
abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang
didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan
seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis
berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan
keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya
sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.
Menurut si abang, dia kemudiannya meminta
bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah
Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai
kejadian itu di balai polis berdekatan.
“Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia
hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya,
malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal,” katanya ketika
ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.
Abang remaja terbabit berkata, adik
perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan
hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi
itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.
Anak sulung daripada tiga beradik itu juga
memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali
keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu
sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang,
Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari
semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana
masih belum menerima laporan terperinci. myb
No comments:
Post a Comment