♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Wednesday, October 10, 2012

Roket Korea Utara boleh sampai AS

  
gambar sebelum  gambar berikut
  • Foto Gambar fail perarakan tentera dan senjata Korea Utara ketika sambutan ulang tahun ke-100 kelahiran pengasas negara, Kim Il Sung.
  • Foto Replika peluru berpandu Scud-B Korea Utara (kanan) dan peluru berpandu Nike Korea Selatan dilihat di Muzium Perang Seoul
  •  
  • .
Pyongyang beri amaran selepas Washington, Seoul meterai perjanjian




Seoul: Korea Utara semalam mendakwa memiliki roket yang mampu sampai ke Amerika Syarikat (AS)
ketika Pyongyang mengutuk satu perjanjian baru Amerika Syarikat-Korea Selatan untuk meningkatkan jarak sasaran sistem peluru berpandu untuk Seoul.

Pyongyang menyifatkan perjanjian jirannya dengan Washington sebagai tindakan provokasi untuk mencetuskan perang.

Ancaman yang dianggap penganalisis sebagai tidak serius dan sekadar menarik perhatian itu dibuat selepas Korea Selatan pada Ahad lalu mengumumkan satu perjanjian bersama dengan Amerika memiliki peluru
berpandu dengan jarak hampir tiga kali ganda daripada peluru berpandunya sejauh 800 kilometer sekali gus boleh sampai ke mana-mana tempat di seluruh Korea Utara.

Perjanjian satu konspirasi

Jurucakap Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara berkata, perjanjian itu adalah ‘satu lagi konspirasi antara tuan dan hambanya bertujuan mencetuskan ketegangan besar di Semenanjung Korea hingga mencetuskan satu lagi peperangan.’

Dalam satu kenyataan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), beliau mendakwa, tentera Korea Utara termasuk ‘pasukan roket strategik’ mempunyai skop serangan bukan hanya membabitkan Amerika dan pangkalan tentera Korea Selatan tetapi juga Jepun, Guam dan tanah besar Amerika.

Penganalisis Korea Selatan pula menyifatkan reaksi Pyongyang sebagai retorik kosong kerana ia lebih kepada tujuan meningkatkan semangat tentera di bawah kepimpinan baru Kim Jong-Un.

“Tiada bukti Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu yang ada jarak cukup jauh hingga sampai ke tanah besar Amerika,” kata seorang profesor Akademik Diplomatik Kebangsaan Korea, Yun Duk-Min.
Korea Utara diketahui mempunyai sejenis peluru berpandu antara benua (ICBM) yang sedang dibangunkan, Taepodong-2 tetapi tidak pernah diuji dengan berjaya.

Pada April lalu, Korea Utara gagal untuk melancarkan roket selepas dikatakan bertujuan meletakkan sebuah satelit di orbit.

Tetapi, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menegaskan, ia sebenarnya satu ujian peluru berpandu balistik menggunakan pelancaran tiga peringkat Taepodong-2. - AFP ~BH~

No comments: