♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Monday, October 15, 2012

Kutcher bikin Moore pengsan


ASHTON KUTCHER dan Mila Kunis kini didakwa menuju ke gerbang perkahwinan.


PASANGAN selebriti, Ashton Kutcher dan Demi Moore sekali lagi menghangatkan dunia hiburan Hollywood. Jika sebelum ini kisah perpisahan mereka kerana kecurangan Kutcher menjadi tajuk utama selama beberapa bulan, kali ini aktor kacak tersebut sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Menurut satu sumber, Kutcher telah membuatkan bekas isterinya, Moore jatuh pengsan selepas mendengar permintaan lelaki tersebut.

"Moore pengsan selepas mendengar Kutcher meminta izin untuk berkahwin dengan kekasihnya, Mila Kunis," ujar sumber tersebut.

Berita tentang Moore pengsan tersebut bagaimanapun belum dapat disahkan lagi.

Namun ada pihak yang percaya, Moore sememangnya pengsan sebaik mendengar permintaan yang sepatutnya tidak perlu diajukan kepadanya itu.

Ini kerana selepas berpisah dengan Kutcher, Moore mengalami masalah tekanan yang cukup hebat sehingga berat badannya turun mendadak.

Pada masa yang sama, sewaktu Kutcher dan Kunis kini berada di alam percintaan penuh bahagia, Moore
sebaliknya pula semakin tertekan. Ini kerana selain putus hubungan dengan Kutcher, dia juga sudah lama tidak berlakon. ~kosmo~

No comments: