Selain lelaki mandul, istilah mati pucuk juga adalah antara yang digeruni oleh lelaki. Ia ibarat penamat kebahagiaan mereka. Walau punya segala-galanya tapi jika ‘pucuknya’ mati maka buat lelaki kehidupan akan hilang nikmatnya.
Walau takut menerima kenyataan mati pucuk namun ada lelaki yang terpaksa berdepan dengan hakikat ini. Ketakutan terhadap masalah mati pucuk atau disebut juga sebagai impoten menyebabkan kaum lelaki terlalu fobia hingga kadang kala menerima bulat-bulat fakta termasuklah yang salah ataupun informasi tidak tepat mengenainya.
Informasi yang salah ini pula beredar di kalangan mereka sehingga lama kelamaan ia dianggap sebagai sesuatu yang betul.
Berikut ini adalah sejumlah perkara berkenaan dengan mati pucuk yang sangat dipercayai oleh kaum lelaki. Mulai saat ini ketahuilah akan kebenarannya.
Mati pucuk disebabkan oleh tekanan
FAKTA Ketegangan dan tekanan memang dapat menyebabkan seseorang lelaki mengalami mati pucuk tetapi kerana aktiviti seksual memerlukan kerjasama antara tubuh dan otak maka impotensi yang diakibatkan oleh salah persepsi seperti ini lebih sukar lagi untuk disembuhkan.
Masalah mati pucuk tidak dapat dielakkan apabila usia meningkat tua
FAKTA Semakin tua seseorang lelaki maka kemampuan seksualnya memang akan makin menurun. Tetapi itu bukan bererti lelaki itu akan mengalami mati pucuk.
Umumnya, lelaki yang berusia hanya memerlukan waktu lebih lama untuk terangsang.
Mereka perlukan lebih banyak rangsangan fizikal selain waktu yang lebih lama untuk mencapai klimaks. Tapi disebabkan lelaki sudah berusia lebih mudah diserang penyakit kencing manis dan juga darah tinggi maka risiko untuk mereka menderita akibat masalah mati pucuk akan menjadi lebih besar.
Tidak ramai lelaki yang mengalami masalah mati pucuk
FAKTA Kajian mendapati terdapat lebih kurang 30 juta lelaki di dunia ini menderita akibat mati pucuk yang kronik dan hampir semua lelaki pernah mengalami disfungsi ereksi sekali atau dua kali dalam hidup mereka.
Pasangan akan menganggap seseorang lelaki itu lemah dan tidak akan dihargai sekiranya mereka mengalami mati pucuk
FAKTA Wanita adalah seorang makhluk yang cukup setia, baik ketika pasangan mereka senang mahupun susah. Paling penting lelaki yang menghadapi masalah ini berterus terang dengan pasangan mereka dan melibatkan pasangan mereka dalam proses penyembuhan.
Kajian yang pernah dilakukan terhadap pasangan yang pernah mengalami disfungsi ereksi menunjukkan masalah itu dapat ditangani lebih mudah dan berhasil jika seorang lelaki itu melibatkan pasangannya dalam proses penyembuhannya.
Masalah mati pucuk sebenarnya bermula daripada fikiran seseorang lelaki
FAKTA Majoriti kes-kes pesakit yang mengalami masalah mati pucuk adalah disebabkan oleh faktor fizikal dan bukannya psikologi. ~mw~
No comments:
Post a Comment