♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, October 02, 2012

Amalan Untuk Elak Serangan Jantung


Seperti yang diketahui, penyakit jantung adalah antara penyebab utama kematian buat kaum lelaki. Tapi sayangnya risiko kematian akibat penyakit ini sebenarnya masih boleh dicegah.

Kuncinya adalah bertindak sekarang, jangan menunggu serangan jantung yang pertama untuk berubah. Anda hanya punya satu jantung dan berikut ini adalah antara cara yang harus diamalkan oleh setiap lelaki untuk memastikan jantung mereka dalam keadaan sihat

Elakkan rokok

Merokok adalah faktor utama penyakit jantung selain dari penyakit kanser paruparu. Ia disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam rokok. Terdapat 4,800 bahan kimia di dalam sebatang rokok dan 69 antaranya adalah penyebab kanser.

Bahan kimia ini juga merosakkan jantung dan menyebabkan artiklorosis ataupun penyumbatan salur darah disebabkan plak yang terbina di dinding arteri. Lebih dari itu nikotin dalam rokok mampu menghambat perjalanan darah menyebabkan tekanan darah semakin meningkat dan memaksa jantung bekerja kuat.

Rokok juga mengandungi karbon monoksida yang mampu menggantikan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen dalam darah bererti jantung harus bekerja lebih dan mengepam banyak darah untuk memenuhi keperluan tubuh. 

Sekiranya anda memang perokok, ingatlah bahawa tindakan berhenti merokok akan mengurangkan banyak risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Bersenam Untuk Jantung

Ketiadaan amalan senaman bermakna anda sedang berhadapan dengan risiko untuk mendapat sakit jantung. Akibat terlalu mengejar kerjaya ramai lelaki sekarang melupakan aspek senaman ini.

Adalah cukup penting untuk melakukan senaman secara teratur. Lelaki yang mempunyai cara hidup yang aktif mengurang risiko sebanyak 45 peratus untuk mengalami penyakit jantung berbanding mereka yang tidak melakukan senaman.

Bagi mendapat senaman yang mencukupi, anda mestilah melakukan senaman intensiti sederhana selama 30 hingga 60 minit. Antara aktiviti yang termasuk dalam jenis senaman ini adalah berjalan dan juga menaiki tangga setiap hari. Anda juga masih dikategorikan bersenam jika bermain boling atau sekadar berjalan-jalan di taman sehingga mengeluarkan peluh.

Ambil Makanan Sihat

Semua orang tahu keburukan mengambil makanan berminyak, berlemak dan berkolesterol tinggi. Ia akan membawa kesan buruk kepada jantung anda berbanding jika anda mengambil makanan yang kaya dengan serat, sayuran dan buah-buahan segar. Tapi selain dari perkara ini adalah lagi yang boleh membantu anda mendapatkan jantung yang sihat. Antaranya seperti;

• Pada waktu makan malam, kurangkan pengambilan makanan berlemak berbanding karbohidrat. Ini akan mengelakkan peningkatan trigliserida dan kolesterol. Sebagai contoh kurangkan makan daging merah, mentega, krim keju dan juga pencuci mulut yang manis.

• Makan beberapa kali sehari makanan sihat adalah lebih baik berbanding anda mengambil dua atau tiga kali hidangan besar. Ia juga mampu mengurangkan berat badan.

• Pastikan anda memilih sumber protein yang terbaik dan seimbang seperti soya, telur ataupun ikan.
Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang seimbang. Masalah berat badan yang berlebihan memang diketahui adalah salah satu punca penyakit jantung. Sebabnya, kegemukan akan meningkatkan tekanan darah dan tahap kolesterol dalam darah, selain merendahkan kandungan kolesterol baik. Di samping itu kegemukan juga menjadi punca penyakit kencing manis dan juga strok.

Dapatkan pemeriksaan Pemeriksaan fizikal dengan doktor secara teratur akan membantu anda mengesan sebarang masalah berkaitan dengan jantung pada peringkat awal lagi. Ia seterusnya akan meningkatkan peluang untuk rawatan dan penyembuhan.

Walau sebagaimana sibuk sekalipun anda dengan tanggungjawab seharusnya anda meluangkan masa untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Sementara itu untuk pemeriksaan tahap kolesterol ia sebaiknya dilakukan sekali dalam lima tahun. Paling penting adalah sekiranya anda memang sudah berisiko untuk mendapat penyakit ini seperti mempunyai ahli keluarga yang mengalami sakit jantung. Anda perlu mendapat pemeriksaan doktor sekerap yang diminta.

Perubahan sikap untuk mendapat jantung yang sihat sebenarnya bermula dari dalam diri anda sendiri. Tidak perlu berubah secara drastik, memadai melakukannya dengan perlahan asalkan ada perubahan. ~mw~
  

No comments: