Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat
menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine
samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv.
Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi
oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis
muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di
pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat
tersebut.
Selepas Imam menyampaikan kuliah
biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz
syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah
kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry
mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia
menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains
terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah
dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau
jalankan dapat membawanya memeluk Islam.
Dimitry mula menerangkan bahawa ia
menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam
bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov
yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka
membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru
yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya
mengukuhkan teori itu.
Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat
riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam,
bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi
tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa
pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu
hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.
Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov
merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran
bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel
berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya
mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat
caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode
yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi
cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan
“electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi
aktivitas perputaran bumi pada paksinya.
Realitinya di alam ini, daya matahari
merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang
mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi
ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya
matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan
juga kearah manakah kedudukan tersebut.
Telah didapati bahawa kutub magnet bumi
hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam
setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut
bertambah hingga 40 km dalam setahun.
Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi
bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali
gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut
mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak”
perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu
matahari akan terbit (keluar) dari Barat.
Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti
ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun,
akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan
uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab
agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat
tersebut selain dari Islam.
Ia mendapati maklumat tersebut dari
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw
bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari
tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia
melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang
tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu
Dawud dan Ibn Majah)
Matahari terbit dari Barat akan terjadi
selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu,
gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur
sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini
seperti dalam artikel dibawah.
Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin
Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah
itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya
dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan
menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki
melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut
sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11,
Thulu’issyamsi Min Maghribiha). sumber
No comments:
Post a Comment