2. Kenali isyarat yang menunjukkan seseorang tertarik pada anda- Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, tetapi anda pasti dapat mengagak pada seseorang yang tertarik pada anda melalui tingkahlaku mereka. Beberapa contoh yang menunjukkan seseorang berminat adalah seperti mengambil berat, cuba dapatkan perhatian dari seseorang, dan sebagainya. Tanda-tanda ini mungkin kelihatan jelas, mereka mungkin ingin menyampaikan sesuatu objektif secara tersirat. Ianya amat penting khususnya lelaki dan akan membuatkan mereka lebih menarik.
3. Elakkan membuat isyarat yang membuatkan orang lain tdak selesa- Sebagai contoh adalah ketika seseorang sedang bercerita atau meluahkan sesuatu perasaan, jangan membuat kerja lain yang akan membuatkan mereka tidak selesa. Mereka mungkin akan merasakan kehadiran mereka mengganggu anda. Sekiranya anda betul-betul tidak ingin diganggu berterus terang sahaja daripada melakukan isyarat yang menyinggung perasaan. Ini kerana dengan menunjukkan isyarat akan memberi kesan lebih mendalam daripada anda berterus terang.
5. Senyum- Ini merupakan cara paling mudah untuk seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan senyuman dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang lain. Ia bukannya hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah mampu juga untuk memberikan keyakinan kepada orang lain. ~myb~
No comments:
Post a Comment