SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh
amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirgl
bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu
bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.
Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu,
mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian
dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.
Sumber polis berkata, seorang daripada
lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya
masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.
“Dua daripada suspek mengikat kaki serta
tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas
kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya. ~mymetro~
No comments:
Post a Comment