♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Monday, October 01, 2012

2.7 juta bujang dapat BR1M 2.0

Awang Adek Hussin bersalaman dengan orang ramai sewaktu menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama NGO di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan, di Kota Bharu, semalam. 
 
KOTA BHARU 30 Sept. - Lebih 2.7 juta individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas di negara ini bakal memperoleh manfaat pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang akan mula diagih awal tahun depan. 


Lebih menggembirakan, pemberian tersebut bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang bekerja dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, malah, pelajar universiti serta penganggur turut menikmati bantuan sebanyak RM250 itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, mekanisme dan prosedur pemberian tetap sama seperti tahun sebelumnya iaitu mereka perlu mengisi borang terlebih dahulu bagi memudahkan pembayaran dibuat.

No comments: