Lawatan selama sembilan hari itu bakal menyaksikan ucapan awam sulung daripada Kate di luar negara, dalam usahanya mempelajari tradisi monarki Britain selepas mengahwini William pada tahun lalu.
Lawatan ke Singapura, Malaysia, kepulauan Solomon dan Tuvalu itu juga bertujuan sebagai penghormatan terhadap kematian ibu William, Puteri Diana dalam nahas jalan raya, 15 tahun lalu.
Pewaris takhta paling muda kerajaan Britain itu menjelajah dunia sepanjang tahun ini sempena perayaan 60 tahun pemerintahan nendanya, dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka di sebalik perubahan di kebanyakan negara yang pernah dijajah Britain.
William dan Kate akan berkunjung ke Singapura bermula lusa dan akan diberi penghormatan menghadiri majlis menamakan orkid sempena nama mereka berdua serta Diana.
Selepas itu, pasangan tersebut akan mengunjungi Kuala Lumpur dan Sabah dari 13 hingga 15 September ini dan Kate akan menyampaikan ucapan pertamanya di situ. - AFP
No comments:
Post a Comment