Seorang penunjuk perasaan Pakistan
melempar gas pemedih mata ke arah polis antirusuhan semasa satu
demonstrasi membantah penerbitan filem anti-Islam dan kartun Nabi
Muhammad di Islamabad, Pakistan, semalam. - AFP
Berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di jalan-jalan raya di seluruh negara, selepas kerajaan mengisytiharkan cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat bantahan.
Kawalan keselamatan di seluruh Pakistan turut diperketatkan dengan kedai dan premis perniagaan ditutup, manakala jalan raya yang biasanya sibuk menjadi lengang selepas semua parti politik utama dan pemimpin agama menggesa tunjuk perasaan sepanjang hari diadakan. ~um~
No comments:
Post a Comment