Keterbukaan mereka dalam menunjukkan hubungan cinta semakin ketara berbanding awal perkenalan mereka sewaktu sama-sama membintangi drama Pelangi Kasih di TV3 suatu ketika dulu. Masa itu, ada yang mula menebak cinta lokasi yang cukup sinonim dengan Johan Ariff As’ari - pemenang Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu mula singgah pula kepada anak rocker Amy Search, Nabila Huda. Tetapi hingga saat ini masih belum ada pengakuan rasmi mereka bercinta daripada mulut masing-masing. B*POP bertemu Johan Khamis lalu bertanyakan isi hatinya terhadap Nabila yang masih kekal menjadi misteri.
B*POP: Sudah mula terbuka untuk bercakap mengenai Nabila Huda?
Saya tidak suka mendesak dan memaksa Nabila. Kalau ada jodoh kami, itu bonus buat saya. Cuma saya tidak mahu terlalu mengharap. Biarlah kami mengenali hati budi lagi dan tempoh setahun itu masih terlalu pendek untuk kami mengenal perangai masing-masing. - Johan Ariff As’ariJohan: Sebagai lelaki dalam apa saja hubungan pun, saya perlu mengambil peranan untuk ke depan termasuklah dalam memikirkan soal masa depan. Cuma buat masa sekarang, saya sendiri takut memberi komen secara berlebihan kerana takut memakan diri. Tapi apa yang boleh dikatakan kami memang benar-benar serasi dalam berkawan. Jujur memang tiada lagi rona cinta. Kami bersahabat baik. Dia seperti BFF (Best Friend Forever) saya.
S: Sampai bila perlu berteka-teki?
J: Mungkin bila tiba masa yang sesuai, saya dan Nabila boleh bersemuka dengan rakan wartawan untuk memberikan jawapan tepat mengenai ukhuwah kami. Seperti saya katakan sebelum ini, memang perasaan sayang saya kepadanya itu semakin menebal. Bahkan penerimaan keluarga kami juga positif. Ibu saya sendiri pernah cakap andai ada jodoh kami bersama, dia sedia menerima Nabila sebagai menantu. Ibu saya sendiri minta saya fokuskan kerjaya jika sayangkan Nabila dan ia untuk kebaikan sendiri juga. Ikutkan saya tak layak untuk berbicara mengenai cinta sebab tak pernah ada hubungan yang kekal lama selama ini. Kalau ada pun sekejap saja. Dengan Nabila ini kira lama juga kami kenal.
S: Sejauh mana serius hubungan dengan Nabila?
J: Sebagai manusia, saya sendiri pernah memikirkan perancangan dan persediaan untuk meneruskan kehidupan mendatang termasuklah dalam hal berkahwin, membuat simpanan duit dan mengumpul harta. Saya sudah nampak apa yang perlu dan akan direncana. Berbalik kepada hubungan saya dengan Nabila, saya sendiri tidak tahu apa yang sudah tertulis untuk kami. Saya tidak suka mendesak dan memaksa Nabila. Kalau ada jodoh kami, itu bonus buat saya. Cuma saya tidak mahu terlalu mengharap. Biarlah kami mengenali hati budi lagi dan tempoh setahun itu masih terlalu pendek untuk kami mengenal perangai masing-masing.
S: Bagaimana pula prinsip kamu mengenai bergambar dengan artis wanita?
J: Setakat ini ia masih terkawal dan terbatas. Saya selesa jika sesi fotografi membabitkan saya dengan artis wanita itu bersebab, ada keperluan dan atas paksi profesional. Jika tidak, saya cuba untuk mengelaknya. Macam dengan Nabila pun kami pernah bekerjasama dalam drama sebelum ini. Malah, ada pihak yang cakap kami cukup serasi dan nampak sweet bersama dalam gambar.
S: Ucapan untuk Izreen Azminda yang selamat berkahwin dengan Muhamad Riza Baharudin, Jumaat lalu?
J: Saya ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadanya dan selamat pengantin baru kepadanya serta pasangannya. Semoga kekal selama-lamanya.
S: Perkembangan terbaru?
J: Saya sedang menjalani penggambaran drama Syahadat Cinta terbitan syarikat Rumah Karya Citra milik Erma Fatima untuk TV Alhijrah. Saya berlakon di sisi Neelofa dan Wangi Julianda. Ia turut mengambil latar tempat di Indonesia, Tanah Suci Makkah selain Malaysia. Penggambaran di Makkah sudah dilakukan sebelum Ramadan lalu. Saya juga sedang menanti tayangan filem Juvana, Tokan dan Pencinta.
No comments:
Post a Comment