Nadia harap hubungan cinta dengan Sammy diakhiri ikatan, sedia berkorban demi masa depan bersama
KEBELAKANGAN ini, kota raya Jakarta bagai rumah kedua bagi personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar, 28. Ramai tahu episod cinta wanita berstatus ibu tunggal ini dengan penyanyi lagu Sedang Apa Dan Di Mana, Sammy Simorangkir.
Hubungan kami masih lagi baru, tidak sampai pun enam bulan. Jadi jika ditanya mengenai perancangan seterusnya, memang sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu” - Nadia Shahrul“Hubungan kami masih lagi baru, tidak sampai pun enam bulan. Jadi jika ditanya mengenai perancangan seterusnya, memang sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu.
“Tapi seandainya jodoh kami kuat, mungkin saya terpaksa memikirkan perancangan untuk menetap di Jakarta. Tidak mungkin dia ke Kuala Lumpur kerana kerjayanya lebih kukuh di sana.
“Saya tidak kisah menetap di sana lagipun tugas di Malaysia Hari Ini (MHI) cuma dua kali seminggu,” kata Nadia yang kerap juga menemani Sammy ke acara hiburan di negara kelahiran teman lelakinya itu.
Sammy tak pernah sorok hubungan
Biarpun sering dikerumuni media di Jakarta, Sammy ternyata pandai melindungi kisah cintanya. Justeru, setakat ini belum pernah lagi Nadia dilemparkan soalan ‘cepu emas’ oleh media Indonesia.
Tatkala ditanya, jika satu hari nanti ada penerbit yang berminat melamarnya menjadi bintang sinetron berbekalkan wajah pan-Asia, dengan jujur, akui Nadia, dia tidak keberatan menimbang tawaran itu.
Mungkin itu peluang terbaiknya untuk melebarkan sayap di Indonesia. Nadia tidak menganggap jadual kerjanya bersama MHI mendatangkan masalah.
Sementara itu tatkala ditanya bagaimana menjalin cinta jarak jauh, dia berkata, kepercayaan menjadi tunjang hubungan mereka.
“Saling mempercayai menjadi kunci perhubungan kami. Jika hubungan dilingkari syak wasangka, ia akan menyukarkan sesebuah perhubungan. Bagi mengubat kerinduan, saya ke sana untuk bertemunya dan sesekali Sammy datang ke KL untuk menjenguk.
Tak kisah status
“Sammy tahu status saya malah tiada masalah dengan gelaran ibu tunggal. Pernah melalui kegagalan rumah tangga sedikit sebanyak membuat saya berasa trauma, tetapi sampai bila saya harus takut dan ragu-ragu, perkara itu hanya akan menghalang saya daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
“Selama berkawan dengannya, Sammy ternyata tidak pernah cuba menyorokkan hubungan kami. Saya kagum dengan sikapnya itu,” katanya sambil menambah dia memang mencari lelaki yang mampu bersikap jujur seperti Sammy.
Memiliki seorang cahaya mata hasil dari perkahwinan lalu, tambah Nadia lagi, dia belum bersedia memperkenalkan Aaron Erwin yang berusia lima tahun kepada teman lelakinya.
“Saya hanya akan memperkenalkan Aaron Erwin kepada teman lelaki jika hubungan itu sudah serius. Saya tidak mahu anak diheret dalam kisah cinta saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment