laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang
seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik
suaranya memuji Tuhan
pabila rindu terusik
rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Cinta Sang Ratu
mengulangi kisah perkelahian di langi
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.
AKHIR KURUN KE-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan fiusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya
"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."
AWAL ABAD KE-21 : Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya ,
" Haryani, walau apapun yang berlaku,
saya tetap mencintai dan menyayangi awak."
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-le aki yang pada mulanya mereka benci dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada penghujung kurun ke-15, ketika peperangan hebat berlaku antara kebaikan dan kejahatan, Saifudin telah menikahi Ratna ~ Sang Ratu Kerajaan Pulau Utara atas dasar mencintai keimanan. Ratna diasuh menjadi isteri yang mulia akhlaknya.
Maka murkalah Maharani lalu pemerintah kejam itu mengirimkan utusan untuk menculik puterinya sendiri kemudian dipenjarakan dan dipaksa berpaling semula kepada Taghut laknatullah. Sang Ratu menjadi seperti yang dahulu, jahat dan kejam.
Saifudin belayar ke Pulau Utara ditemani sahabatnya Sadik. Pelayaran itu menempuhi pelbagai halangan, rintangan dan cabaran. Banyak juga keajaiban yang dialami.
Dani yang hidup pada abad ke-21 turut ditemui di kurun itu. Roh Dani terlontar ke zaman itu menembusi hijab masa yang melangkaui hukum logik akal, Dani telah menjadi Senggara yang berpihak kepada Maharani kerana disarungi sihir jahanam, Dan sepertimana tertulis di hamparan langit, Allah tetap berpihak kepada kebaikan. Maka, kebaikan itu pun menang. Maharani telah ditewaskan.
Namun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang cukup mahal. Senggara dibunuh manakala Ratna Sang Ratu ~ isteri tercinta itu pun gugur ketika berusaha menegakkan cinta kepada ILAHI.
Pada abad ke-21 pula, Haryani yang pergi ke Indinesia menerusi Medan, hendak ke Aceh menjejaki Dani yang hilang akibat badai tsunami yang dahsyat, telah terperangkap di satu tempat misteri yang dipanggil Manggala. Di situ Haryani tertangkap oleh sekumpulan manusia serigala.
Bagaimanapun, Haryani berjaya melepaskan diri. Kejadian yang menyesakkan dada itu telah mempertemukan Haryani dengan Dani, Saliha dan Pak Mustakim. Segala-galanya berakhir dengan tragis, Pak Mustakim dibunuh oleh masyarakat Manggala.
SAIFUDIN berhasrat untuk pulang semua ke Tanah Melayu. Dia berhajat hendak memanjangkan dakwah kepada seluruh umat manusia di tempat-tempat yang dilalui sepanjang perjalanan pulang.
Dan Rajikin pula telah membawa lari baka Manggaka dalam bentuk jenglot dari perkampungan misteri. Kejahatan belum berakhir sepenuhnya. Keajiban sememangnya sukar dirungkai dengan akal manusia biasa. Hanya iman yang mampu menjawab segala-galanya.
IKUTI KISAH SELANJUTNYA
HIJAB SANG PENCINTA
No comments:
Post a Comment