Takuma Otoshi, 63, didakwa menggunakan iPod untuk membuat rakaman itu ketika wanita terbabit menaiki eskalator di stesen kereta api yang sibuk di Jepun.
Akhbar Yomiuri Shimbun dan Mainichi Shimbun melaporkan, orang awam yang menyedari perbuatan Otoshi itu memaklumkan polis.
Penyiasat berkata, Otoshi memberitahu mereka, dia “berminat dalam aktiviti menghendap.” Media lain melaporkan, kes itu akan dirujuk kepada pendakwa “tidak lama lagi.” Otoshi menjadi presiden syarikat gergasi AS di Jepun antara Disember 1999 hingga Januari 2009.
Sepanjang tempoh sembilan bulan terakhir penggal itu, Otoshi turut dilantik sebagai pengerusi - jawatan yang terus disandangnya sehingga Mei lalu.
Laman sesawang IBM menyatakan, Otoshi kemudian menjadi penasihat paling kanan kepada firma berkenaan. Jurucakap IBM pula berkata, Otoshi sudah meletak jawatan tetapi tiada butiran lanjut mengenainya diberikan.
Menurut media, insiden memalukan itu berlaku di Osaka. - TS
Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012
No comments:
Post a Comment