PUTRAJAYA - Seorang peniaga kain dan adik iparnya yang ditahan kerana
disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin
Jazimin akan menerima RM41,500 dan RM31,500 sebagai ganti rugi kerana
penahanan secara salah.
Mohamad Zamri Ibrahim, 38, dan Mohd. Suhaimi Yusoff, 33, berjaya
dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan semalam untuk mengembalikan
semula keputusan Mahkamah Sesyen yang memutuskan mereka ditahan secara
salah dan diberi ganti rugi.
Mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas gagal mendapat
ganti rugi itu di Mahkamah Tinggi pada 1 Disember 2010 yang membenarkan
rayuan responden iaitu pegawai penyiasat, Asisten Superintendan P. Loh
Pei Pei; ketua polis negara dan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan
keputusan Mahkamah Sesyen itu. kosmo
No comments:
Post a Comment